Previous
Next

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan Salam Sabah Maju Jaya.

Sempena Tahun Baharu 2023, banyak perkara yang boleh kita syukuri. Bahang pilihan raya telah reda dan Kerajaan Perpaduan Persekutuan yang baharu telah pun dibentuk. Di peringkat negeri, kami telah menubuhkan satu Kabinet inklusif yang dirombak untuk berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan berkongsi aspirasi yang sama yang dibina atas kepercayaan dan saling menghormati. Sekarang adalah masanya untuk kita merapatkan barisan, bekerjasama dan mengetepikan sebarang perbezaan supaya kita boleh terus melakukan yang terbaik untuk negeri Sabah.

 

Alhamdulillah, mengimbas semula perjalanan tahun 2022, ia merupakan tahun yang baik  dengan banyak kejayaan dilakukan di bawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Kita berada di landasan yang betul dan ini terbukti apabila sehingga awal  bulan Januari ini, kerajaan negeri telah memperoleh hasil lebih RM6.6 bilion. Ini adalah prestasi terbaik kita sejak merdeka melalui pembentukan Malaysia pada 1963.

 

Kerajaan negeri akan terus melaksanakan dasar yang kukuh untuk menjayakan agenda pembangunan negeri. Kami akan berusaha untuk memastikan kelangsungan dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya diteruskan demi menjamin kemakmuran serta kesejahteraan rakyat Sabah. Kita boleh melakukannya!

 

Semua kejayaan dan perancangan masa depan tidak akan bermakna jika kita tidak mempunyai kestabilan politik. Kita mesti menghalang sebarang bentuk perpecahan yang cuba menganggu gugat perpaduan, sebaliknya kita kena melangkah dengan azam dan bersatu untuk melakukan yang terbaik mengikut mandat yang diberikan rakyat. 


Saya berharap laman sesawang ini yang merekodkan perjalanan saya sebagai Ketua Menteri, dapat memberi maklumat bermanfaat kepada rakyat secara keseluruhannya. 

Sabah Maju Jaya!


YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor
Ketua Menteri Sabah



POST TERKINI

SOROTAN VIDEO
SABAH MAJU JAYA

Quick Links

aku janji

gabungan rakyat sabah

SABAH MAJU JAYA


TERAS 1

MEMPERJUANGKAN HAK ORANG SABAH


TERAS 2

KEPIMPINAN YANG BERSIH, BERINTEGRITI, CEKAP, AMANAH DAN MENDAHULUKAN RAKYAT


TERAS 3

MENJADIKAN WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA (WKB) 2030 SEBAGAI TUNJANG


TERAS 4

MEMELIHARA PERPADUAN RAKYAT SABAH

HUBUNGI KAMI MELALUI

ALAMAT