Previous
Next

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan Salam Sabah Maju Jaya.

Saya mengambil peluang ini bagi mengucapkan  penuh kesyukuran dan rasa terima kasih kepada rakyat Sabah ke atas mandat yang telah diberikan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  untuk menerajui kerajaan negeri. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan rasa terima kasih kerana di berikan penuh kepercayaan mengetuai Kerajaan Negeri GRS sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16.

Semenjak GRS mengambil alih tampuk kerajaan,kami kekal berpegang kepada janji-janji pilihan raya lalu iaitu membawa pembangunan untuk negeri dan kemakmuran  kepada rakyatnya. Dengan kekuatan gabungan ini kami komited mencapai  pembangunan dan mencipta peluang kepada semua.

Sepanjang tahun lalu, pandemik COVID-19  menjejaskan banyak kehidupan  dan kesusahan kepada kebanyakan sektor ekonomi. Saya bersyukur ke atas kesabaran anda semua dan dengan sokongan padu anda, kita akan terus mengharungi cabaran mendatang.

Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan sedang dilaksanakan di seluruh negara dengan lancarnya. Bank Dunia meramalkan pengembangan ekonomi negara akan melonjak naik selepas separuh tahun 2021 disebabkan oleh program vaksin itu dan saya mengharapkan keadaan yg sama untuk Sabah.

Saya akan melancarkan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam masa terdekat ini yang mana akan menjadi mercu tanda Kerajaan Negeri GRS dan menjadi landasan kepada kerajaan negeri ke arah mencapai kemajuan yang lebih besar lagi. SMJ ialah pelan pembangunan lima tahun yang  memfokuskan tiga teras utama iaitu pertanian,pelancongan dan sektor industri, modal insan dan kesejahteraan rakyat, begitu juga rangkaian infrastruktur serta kemampanan hijau.

Secara ringkas, laman sesawang ini merekodkan perjalanan saya sebagai Ketua Menteri dan saya amat mengharapkan maklumat ini memberi manfaat.

Terima Kasih

YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor
Ketua Menteri / Menteri Kewangan


POST TERKINI

SOROTAN VIDEO
SABAH MAJU JAYA

Quick Links

aku janji

gabungan rakyat sabah

SABAH MAJU JAYA


TERAS 1

MEMPERJUANGKAN HAK ORANG SABAH


TERAS 2

KEPIMPINAN YANG BERSIH, BERINTEGRITI, CEKAP, AMANAH DAN MENDAHULUKAN RAKYAT


TERAS 3

MENJADIKAN WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA (WKB) 2030 SEBAGAI TUNJANG


TERAS 4

MEMELIHARA PERPADUAN RAKYAT SABAH

HUBUNGI KAMI MELALUI

ALAMAT