Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor secara rasmi  mengambil alih tampuk kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)  susulan Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu hari ini. 

Hajiji yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah berkata, dengan langkah ini semua  ahli kini mempunyai wadah politik yang 100 peratus tempatan untuk meneruskan  perjuangan mereka kepada rakyat dan negeri. 

“Dua ciri utama Gagasan Rakyat yang menjadi faktor penarik saya dan rakan-rakan  untuk bersama-sama dalam parti ini ialah parti berbilang kaum yang membawa citra inklusiviti dan parti suara anak Sabah yang mengangkat citra perjuangan tempatan,”  katanya. 

Ini juga faktor yang meyakinkan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)  untuk menerima segera Gagasan Rakyat sebagai rakan komponen terbaharu mereka,  katanya pada EGM Gagasan Rakyat yang dihadiri lebih 150 ahli di Sabah International  Convention Centre (SICC), di sini. 

“Tambahan lagi, mereka (parti komponen GRS) sudah lama menyatakan hasrat agar  GRS menjadi platform tempatan dalam erti kata sebenar, iaitu semua rakan kongsi  menjadi parti tempatan. Sekarang kita 100 peratus tempatan,” katanya. 

Selain itu, Hajiji berkata agenda Gagasan Rakyat juga selari dengan empat tonggak  perjuangan GRS – Sabah First (Sabah Diutamakan), Sabah Forward (Sabah Melangkah  ke Hadapan), Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya) dan Sabah United (Sabah yang  Bersatu). 

Hajiji berkata sebagai sebuah parti tempatan tidak bermaksud kita menolak agenda  nasional atau membelakangkan kepentingan negara. Malaysia adalah tanah air kita.  Namun, sebagaimana matlamat asal kita membina Malaysia adalah untuk merubah  tahap pembangunan rakyat dan bumi Sabah.  

“Hari ini, iaitu tahun 2023 sempena ulang tahun 60 tahun pembentukan Malaysia, kami  yakin dan percaya bahawa platform tempatan adalah yang terbaik untuk Sabah.

“Kita memilih dan memutuskan bahawa formula tempatan berupaya melonjakkan  agenda perjuangan dan kepentingan negeri dalam dalam Persekutuan Malaysia. Kita  mahu pelaksanaan sistem federalisme yang lebih bernilai dan bermakna dengan  berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) 

“Atas faktor itu, kami akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima dan  mengutamakan kepentingan Sabah. 

“Apa yang lebih penting bagi kita ialah mendapat pengiktirafan dan pelaksanaan hak,  kuasa serta kedudukan istimewa Sabah seperti yang termaktub dalam undang-undang  tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang mewujudkan  Persekutuan Malaysia, iaitu MA63. Tiada Malaysia tanpa MA63,” katanya. 

“Kami bersyukur kerana kepimpinan tertinggi negara, Perdana Menteri Datuk Seri  Anwar Ibrahim amat komited untuk menunaikan tanggungjawab Putrajaya untuk  melaksanakan MA63. Beliau belum pun memegang jawatan selama 100 hari tetapi kita  sudah melihat kemajuan yang ketara. Kita akan terus meningkatkan kerjasama dengan  Kerajaan Persekutuan untuk membina Sabah dan Malaysia Madani yang progresif,”  katanya. 

Hajiji berkata beliau akan menerangkan dengan lebih terperinci hala tuju Gagasan  Rakyat sempena pelancaran parti itu pada 2 Mac ini. 

Gagasan Rakyat akan menubuhkan struktur organisasi parti di semua 73 DUN termasuk  pembentukan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis. 

Mesyuarat agung tahunan cawangan dan bahagian masing-masing telah dijadualkan  pada Julai dan September, dengan Kongres Tahunan pada bulan November. 

Hajiji mengucapkan terima kasih kepada bekas presiden parti, Stephen Jimbangan dan  kepimpinan parti itu atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadapnya serta atas  kesediaannya berkorban demi kebaikan Sabah dan rakyatnya. 

Hajiji turut mengumumkan barisan awal Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat dengan  selebihnya akan dilantik dalam masa terdekat. 

Tamat

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has officially  taken over the helm of Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) following the  party’s Extraordinary General Meeting (EGM) today. 

Hajiji, who is also Gabungan Rakyat Sabah chairman said that with this move all  members now have a political platform that is 100 per cent local to continue with their  struggle for the people and the state. 

“Two main characteristics of Gagasan Rakyat that has attracted my colleagues and I to  be with this party are that it is a multi-racial party symbolising inclusivity and it is a party  representing the voice of Sabahans and with it, the local struggle,” he said. 

These were also factors that have convinced partners in Gabungan Rakyat Sabah  (GRS) to accept Gagasan Rakyat as their latest component partner, he said at the  Gagasan Rakyat EGM attended by more by 150 members at the Sabah International  Convention Centre, here. 

“Moreover, they (GRS component parties) have long expressed their wish for GRS to  be a local platform in the real sense, that is for all the partners to be local parties. Now  we are 100 per cent local. 

Besides, Hajiji said Gagasan Rakyat’s agenda is also in line with the four pillars of GRS’s  struggle – Sabah First; Sabah Forward; Sabah Prosper; and Sabah United. 

“Being a local party does not mean we reject the national agenda nor put behind national  interests. Malaysia is our homeland. Nonetheless, the original goal of the formation of  Malaysia was to bring progress to the people and Sabah,” he said. 

“Today, and in conjunction with 2023 marking the 60 years anniversary of the formation  of Malaysia, we are confident and truly believe that a local platform is the best for Sabah. 

“We chose and decided that a local formula has the capability to galvanise the state’s  interest and struggle in the Federation of Malaysia. We want a more valuable and  meaningful implementation of the federalism system based on the Federal Constitution  and the Malaysia Agreement 1963 (MA63).

“For this reason, we will work with any quarters that accept and puts Sabah’s interest  first.  

“What is more important for us is to get the recognition and the implementation of the  rights, powers and special position of Sabah as enshrined in the highest law of the  country which is the Federal Constitution, the law which gave birth to the Federation of  Malaysia which is MA63. There is no Malaysia without the MA63,” he said. 

“We are thankful that the country’s top leadership, Prime Minister Datuk Seri Anwar  Ibrahim is committed to fulfilling Putrajaya’s responsibility to implement the MA63. He  has yet to hold office for 100 days and we have already seen significant progress. We  will continue to enhance cooperation with the Federal Government to build a progressive  Sabah and Malaysia Madani,” he said. 

Hajiji said he would explain in more details Gagasan Rakyat’s direction at the party’s  forthcoming launch on March 2. 

Gagasan Rakyat will now establish the party’s organisation structure in all 73 state  constituencies including the formation of the party’s Wanita, Pemuda and Beliawanis  wings. 

The respective branches’ and divisions’ annual general meeting has been scheduled for  July and September, respectively culminating in the Annual Congress in November. 

Hajiji thanked the party’s former president, Stephen Jimbangan and his leadership team  for their trust and confidence in him and for his readiness to sacrifice for the greater good  of Sabah and the people 

Hajiji also announced the Supreme Council line-up with several more to be appointed  in due course. 

Ends