KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  menyerahkan sebanyak 21 buah kereta jenis hilux kepada 21 pejabat kawasan Unit  Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di lobi utama Menara Kinabalu, hari ini. 

Beliau menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat  (PPM) daripada 21 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada fasa ke-2  penyerahan kenderaaan rasmi itu. 

Hajiji berkata, setiap pejabat UPPM di 73 kawasan DUN akan menerima sebuah  kenderaan rasmi yang bertujuan memberi kemudahan kepada PPM dan pegawainya  untuk melawat kawasan dan kampung-kampung terutama sekali di luar bandar. 

“Saya berharap dengan adanya kenderaan rasmi untuk UPPM, maka pegawai-pegawai  kita dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan dengan  lebih lancar dan berkesan”, katanya. 

21 pejabat kawasan UPPM yang menerima kenderaan rasmi hari ini ialah Sulaman,  Petagas, Tanjung Keramat, Segama, Gum-Gum, Bongawan, Tanjung Kapor,  Kadamaian, Tamparuli, Inanam, Likas, Luyang, Tanjung Aru, Moyog, Membakut,  Kundasang, Melalap, Sekong, Karamunting, Sulabayan dan Merotai. 

Sebanyak 7 buah kenderaan rasmi telah diserahkan kepada 7 pejabat kawasan UPPM  iaitu DUN Karanaan, Kiulu, Tambunan, Sindumin, Lumadan, Nabawan dan Labuk pada  fasa pertama penyerahan pada 25 Oktober 2022. 

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Haji  Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar  Untong, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian  Nair, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Ghulamhaidar Khan Bahadar dan Pengarah  UPPM Negeri, Datuk Haji Awang Kadin Tang. 

Tamat