KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu alukan para pelabur asing untuk melabur di Sabah, termasuk dari negara China. 

“Sabah sentiasa mengalu-alukan pelabur asing dari mana-mana negara yang berminat  untuk melabur di negeri ini. Banyak sektor yang boleh diterokai bersama”. 

“Kita merupakan negeri yang mesra pelabur dan berharap akan menjadi destinasi  menarik bagi pelaburan. Ini akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi  negeri”, katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Huazhi (China)  Limited Company di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. 

Huazhi diketuai oleh Naib Presidennya, Encik Ma Haitao. Turut hadir ialah Pengerusi  Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Rubin Balang yang  membawa rombongan itu ke Sabah. 

Menurut Ma, Huazhi yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan di luar negara,  berminat melabur dalam sektor tenaga, minyak dan gas, produk berteknologi tinggi,  perikanan laut dalam dan lain-lain di Sabah. 

Tamat