TUARAN: Kerajaan negeri meneruskan Pembayaran Insentif Harga Getah berjumlah  RM20 juta kepada pekebun kecil getah, pada tahun ini.  

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata kerajaan negeri turut  memperuntukkan sebanyak RM16.35 juta kepada Lembaga Industri Getah Sabah  (LIGS) bagi pembangunan subsektor komoditi getah, dalam Belanjawan 2023 Sabah. 

Melalui pembayaran insentif ini, pekebun kecil diberi tambahan harga getah sebanyak  RM0.25 sekilogram bagi getah kentalan. LIGS turut menyumbang subsidi sebanyak  RM0.05 bagi sekilogram getah kentalan menjadikan jumlah tambahan harga bagi  sekilogram adalah RM0.30. 

Justeru, saya mahu pengurusan dan semua kakitangan LIGS agar terus berusaha  meningkatkan kualiti serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pekebun  kecil getah, terutamanya dalam aspek membangunkan tanah milik pekebun kecil  sehingga kepada pemprosesan dan pemasaran getah mereka ke pasaran  antarabangsa.  

Perkhidmatan dan operasi pembelian getah secara terus ke kebun milik pekebun kecil  di mana juga berada diteruskan seperti biasa. Saya percaya LIGS telah dan akan terus  melaksanakan tangunggjawab ini dengan berkesan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)  kepada Pekebun Kecil Getah Negeri Sabah di Dewan Sri Sulaman di Tuaran, di sini  pada Sabtu. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelanocngan, Kebudayaan  dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai. 

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan BMT sebanyak  RM69,058,400.00 kepada seramai 86,323 pekebun kecil di seluruh Sabah.  

Katanya, bantuan yang diberikan ini, telahpun dinaikkan daripada RM600.00 seorang  sebelum ini, kepada RM800.00 setiap penerima. 

Kerajaan Negeri melalui LIGS akan mengagih-agihkan BMT dan bantuan ini mula  dibayar hari ini. Saya memahami bebanan dan kesan masalah yang dihadapi oleh  semua pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini, justeru bantuan ini diharap dapat  meringankan beban mereka. 

Justeru, sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan peka dengan nasib pekebun kecil  getah, kita telah memberikan beberapa bantuan termasuklah BMT pada hari ini sebagai  usaha dan sokongan bagi meringankan beban pekebun kecil getah di negeri ini. 

Kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh  pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini. Kita sentiasa mencari jalan untuk  membantu, kerana pekebun kecil juga terpaksa menghadapi keadaan cuaca yang tidak  menentu terutama pada hujung tahun, sehingga menjejaskan pendapatan mereka,”  katanya. 

Selain faktor cuaca katanya, ketika ini juga industri getah di seluruh dunia termasuk di  Sabah turut dilanda penyakit daun luruh getah yang dikenali sebagai PESTA LOP TI OP SIS (Pestaloptiopsis).  

Penyakit ini boleh mengurangkan hasil getah sehingga 50 peratus sekali gus akan  memberi kesan kepada pekebun kecil getah. LIGS bagaimanapun telah nmengambil  tindakan proaktif secara berterusan bersama agensi lain seperti Lembaga Getah  Malaysia dan RISDA dalam menangani masalah ini,” katanya. 

Tamat