KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam RM1,000 kepada 36 Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Tanjung Aru Baru yang layak di Balai Raya kampung itu, hari ini. 

Mereka adalah mangsa fenomena air pasang besar yang rumah kediaman ranap akibat bencana itu yang berlaku pada akhir Disember 2022. 

Hajiji turut mengumumkan 3 KIR yang rumah mereka ranap sepenuhnya akan menerima bantuan tambahan RM20 ribu daripada Kerajaan untuk membina rumah baru. 

Manakala 33 lagi KIR yang rumah mereka ranap sebahagian besar akan menerima bantuan RM10 ribu. 

“Dengan bantuan dan wang Ihsan itu kerajaan berharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban mangsa-mangsa terlibat”, katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan rumah mangsa di Kampung Tanjung Aru Baru. 

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan, Datuk Ag Shahminan Datuk Haji Ag.Sahari dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Encik Mohd ReduanAklee. 

Tamat