TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ketua  Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran mempengerusikan  Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian itu di pejabat parti itu di Pekan  Tuaran dekat sini, pada Ahad. 

Mesyuarat itu membincangkan persiapan Persidangan BERSATU Bahagian Tuaran  yang akan diadakan pada bulan Oktober ini, selain persiapan menghadapi Pilihan Raya  Umum (PRU) ke 15. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua  Bahagian, Datuk Haji Johari Saiman, Ketua Srikandi Bahagian, Datuk Jamaliah Antalip  dan ahli-ahli jawatankuasa. 

Tamat