KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melawat  Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim di Hospital Queen  Elizabeth (QEH) I di sini, petang tadi. 

Beliau diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar  Untong. 

Hajiji yang tiba pada jam 5.20 petang disambut oleh Isteri Jahid, Datin Malianah Ugau  dan keluarganya. 

Hajiji meluangkan masa kira-kira 20 minit di hospital menziarah Jahid di Wad Unit  Rawatan Rapi (ICU) dan menemui keluarnya. 

Malianah yang berterima kasih dengan lawatan Hajiji berkata, keadaan Jahid semakin  stabil dan pulih. 

“Terima kasih di atas doa semua pihak. Alhamdulillah, keadaan kesihatan Jahid  semakin beransur pulih”, katanya. 

Tamat