TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri  Panglima Juliah Salag menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah  Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah di Dewan Seri Sulaman, semalam. 

Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin  dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni  berkenan menghadiri majlis itu dan menyampaikan anugerah kepada penerima.  

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyampaikan Anugerah  Sumbangan/Aktif Semasa Pandemik COVID-19 kepada BSMM Daerah-Daerah dan Sijil  Penghargaan kepada Penderma Budiman/Penaja. 

Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia  Peringkat Negeri Sabah 2022. 

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir  Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar  Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia  (BSMM) Kebangsaan, Dr. Selva Jothi A/L K.Selvadurai dan Pengerusi BSMM Negeri  Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung. 

Tamat