Ketua Menteri Lancar Konvoi Semarak Hari Malaysia & Serah Bantuan Prihatin
TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melancarkan Konvoi Semarak Hari Malaysia di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kampung Lok Batik, hari ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyampaikan sumbangan berupa Bantuan Pembelian Peralatan Motosikal kepada seramai 50 orang penunggang P-Hailing dan sumbangan Bantuan Prihatin kepada seramai 150 penerima…