Siaran Media

Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengharap kadar pemberian khas Persekutuan kepada Sabah akan terus dipertingkatkan bagi membolehkan lebih banyak inisiatif berorientasikan rakyat dapat dilaksanakan di negeri ini. 

Hajiji percaya pendekatan Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri boleh menjadi formula yang terbaik untuk menangani isu-isu legasi antara Sabah dan Persekutuan Malaysia. 

Berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) edisi Sabah yang dilancarkan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini, Hajiji berkata Sabah menghargai sokongan dan kerjasama padu daripada kepimpinan Persekutuan. 

“Kami yakin pendekatan Keluarga Malaysia dapat mengeratkan hubungan, menyimpul persefahaman dan meningkatkan kerjasama di semua peringkat termasuk antara negeri dan persekutuan,” katanya. 

Menurutnya, begitu banyak kemajuan telah mula dicapai, terbaharu persefahaman antara kedua-dua pihak pada 14 April lalu yang telah membawa kepada langkah pertama penyelesaian kajian semula kadar pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. 

“Hari ini saya ingin memaklumkan kepada Perdana Menteri hari ini bahawa tambahan hasil negeri yang diperolehi melalui kenaikan pemberian khas daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta itu kita kembalikan terus kepada rakyat,” katanya. 

Hajiji berkata beliau telah mengumumkan bahawa wang itu akan digunakan untuk membina 1,500 Rumah Mesra SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah. 

Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu Kerajaan Negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang berkonsepkan program Projek Perumahan Termiskin (PPRT) di peringkat persekutuan. 

“Hakikatnya, Kerajaan Negeri amat menghargai komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menggerakkan dan menyusul siri rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.

“Usaha ini telah dan sedang rancak berjalan melalui pelbagai platform dan diselaraskan di bawah mesyuarat Majlis Khas MA63,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Hajiji mencadangkan kerjasama negeri-persekutuan untuk menggabungkan program JAKM dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di peringkat akar umbi di Sabah. 

Beliau berkata konsep inisiatif kerjasama itu adalah mini karnival yang akan diadakan di setiap bahagian atau daerah di negeri ini secara berperingkat. 

“Program ini penting agar kita dapat menyemarakkan dan merakyatkan kedua-dua agenda kerajaan ini secara seiring dan meluas di peringkat akar umbi. 

“Sebagaimana yang sering saya tegaskan, nilai dan makna sesebuah agenda pembangunan kerajaan seharusnya bukan hanya boleh didengar, tetapi harus dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat disemua peringkat,” katanya. 

Hajiji berkata jerayawara JAKM itu adalah contoh terbaik cara untuk memastikan rakyat memperolehi maklumat, akses dan seterusnya manfaat daripada pelbagai dasar, inisiatif dan program kerajaan. 

“JAKM ini bertepatan dengan strategi Kerajaan Negeri sebagaimana yang dilaksanakan baru-baru ini melalui Showcase Setahun Halatuju SMJ yang juga berlangsung di SICC,” katanya. 

Hajiji mengulangi bahawa pendekatan Keluarga Malaysia amat relevan dengan Sabah di mana sikap saling menghormati dan mengiktiraf kepelbagaian serta perbezaan sebagai satu norma bagi rakyatnya. 

Kerajaan Negeri juga telah mengiktiraf pendekatan Keluarga Malaysia dengan meletakkannya sebagai satu kerangka yang memayungi pelaksanaan agenda pembangunan negeri, katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor looks forward to an increase in the Federal special grant so that more people-orientated initiatives can  be implemented in Sabah. 

Hajiji believed the Keluarga Malaysia (Malaysia Family) approach mooted by Prime  Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob himself could be the right formula to addressing  legacy issues between Sabah and the Federation of Malaysia. 

Speaking at the Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sabah edition launched by  the Prime Minister at the Sabah International Convention Centre here today, Hajiji said  Sabah appreciated the support and strong cooperation from the Federal leadership. 

“We are confident that the Malaysia Family approach can strengthen relations, forge  understanding and enhance cooperation at all levels including between state and federal,”  he said. 

According to him, so much progress have been achieved with the latest being an  understanding reached between the two parties on April 14 leading to the first step  towards resolving the review of the special grant rate under Article 112D of the Federal  Constitution. 

“I would like to report to the Prime Minister today that we are returning the additional state  revenue acquired from the increment of the special grant rate from RM26.7 million to  RM125.6 million direct to the people,” he said. 

Hajiji said he had announced that the money will be used to build 1,500 Rumah Mesra  SMJ in all 73 State Constituencies in Sabah. 

Rumah Mesra SMJ is a new State Government initiative under the Hala Tuju Sabah Maju  Jaya (SMJ) that shares the Federal’s Hardcore Poor Housing Project (PPRT) programme  concept.  

“As a matter of fact, the State Government appreciates the Federal Government’s  commitment in moving a series of negotiations on the 1963 Malaysia Agreement. 

“All these are still on-going via various platforms coordinated under the MA63 Special  Council meeting,” he said.

On another note, Hajiji proposed for a state-federal collaboration that merges the JAKM  and Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) programmes at the grassroot level in Sabah. 

He said the concept of the initiative could be like a mini carnival to be held at each division  or district in the state in stages. 

“Such programme is important because it allows us to synchronize the promotion and  inculcation of the agenda of both governments to a broader audience at the grassroots  level. 

“I have said it before that the value and meaning of one government development agenda  should not only be heard but it can also be seen and felt by the rakyat across the board,”  he said. 

Hajiji said the JAKM roadshow exemplified the best way to ensure the people have access  to information on the benefits of the government’s various policies, initiatives and  programmes. 

“The JAKM roadshow is in line with the State Government’s strategy as shown during the  recent Halatuju SMJ Showcase to mark its one year anniversary also held in SICC,” he  said. 

Hajiji reiterated that the Keluarga Malaysia approach is so relevant for Sabah where  mutual respect and acknowledgement of the differences as well as diversity are a norm  for its people. 

The State Government has acknowledged the Keluarga Malaysia approach placing it as  a framework to the implementation of the state’s development agenda, he said. 

Ends