Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa bantuan kewangan untuk mangsa banjir di Sabah akan disalurkan dengan segera.

“Kita akan hantar bantuan itu dalam beberapa hari lagi. Apa yang penting keadaan di sana terkawal,” katanya.

Perdana Menteri memberi jaminan itu sebagai menjawab permintaan negeri yang dibuat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika mesyuarat khas pasukan petugas pengurusan bencana banjir monsun Timur Laut yang diadakan secara maya pada pagi ini.

Hajiji sebelum ini memberi taklimat kepada Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat khas itu sambil menyatakan bahawa setakat pagi Isnin, enam daerah iaitu Kota Marudu, Pitas, Paitan, Ranau, Sandakan dan Telupid telah terjejas akibat banjir.

“Kita telah membuka 23 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah terjejas bagi menampung 874 keluarga yang membabitkan 2,435 orang mangsa banjir,” katanya.

Hajiji berkata semua agensi berkaitan yang diarahkan untuk membantu mangsa banjir telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Setakat ini, katanya Sabah telah menerima sebanyak RM200,000 dan RM674,000 lagi diperlukan sebagai bantuan kewangan untuk setiap keluarga yang terjejas.

Kerajaan Persekutuan mengumumkan setiap keluarga yang terjejas banjir akan diberi Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000.

Pada masa sama, Hajiji berkata Kerajaan Negeri turut mengagihkan bakul makanan kepada mangsa.

“Jadi, ia adalah baik Kerajaan Persekutuan mempercepatkan penyaluran bantuan kewangan kepada Sabah,” katanya.

Hajiji memberitahu Perdana Menteri bahawa Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan kerosakkan infrastruktur akibat banjir di semua daerah yang terjejas.

Ketua Menteri akan melawat ke daerah Kota Marudu, Pitas dan Paitan untuk meninjau keadaan banjir dan berjumpa dengan mangsa-mangsa banjir pada Rabu ini.

Turut hadir di mesyuarat tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai dan Pengarah Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Hj Ag Shahminan Datuk Hj Ag Sahari

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob assured that financial assistance for flood victims in Sabah will be channeled promptly.

“We will send the assistance in the next few days. What is important the situation there is under control,” he said.

The Prime Minister gave the assurance in response to the state’s request made by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor during the post-North East monsoon flood disaster management task force special meeting held virtually this morning.

Hajiji had earlier briefed the Prime Minister who chaired the special meeting that as of Monday morning, six districts namely Kota Marudu, Pitas, Paitan, Ranau, Sandakan and Telupid have been affected by floods.

“We have opened up 23 temporary evacuation centres (PPS) in these districts to shelter 874 families involving 2,435 people,” he said.

Hajiji said all relevant agencies instructed to assist the flood victims have carried out their responsibility well.

So far, he said Sabah had received RM200,000 and another RM674,000 is needed as financial assistance for each affected families.

The Federal Government has announced that each of the family affected by the floods will be given RM1,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI).

At the same time, Hajiji said the State Government was also distributing food baskets to the victims.

“So, it is good that the Federal Government will expedite the distribution of financial assistance to Sabah,” he said.

Hajiji told the Prime Minister that the State Government was also waiting for infrastructure damage report caused by the floods in all the affected districts.

The Chief Minister will be visiting Kota Marudu, Pitas and Paitan to assess situation on the ground and to meet flood victims this Wednesday.

Joining the Chief Minister at the meeting were State Secretary, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Director General of the Public Service Department, Datuk Rosmadi Sulai and Director of Internal Affairs and Research Division, Chief Minister’s Department, Datuk Hj Ag Shahminan Datuk Hj Ag Sahari

Ends