Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Penyertaan ibu tunggal dalam produk makanan tradisional sedia untuk dimakan atau `ready-to-eat’, yang diusahakan oleh EMOMS menarik perhatian isteri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajah Juliah Salag.

“Saya berasa amat kagum dengan konsep operasi EMOMS, melibatkan ibu tunggal yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan produk yang dihasilkan mengekalkan resipi turun temurun dari dapur sendiri atau `homemade kitchen’,” katanya.

Sambil mengalu-alukan penglibatan ibu tunggal sebagai usahawan, katanya ia kerana pandemik COVID-19 telah menjejaskan sumber pendapatan kepada banyak sektor.

Sehubungan itu, Juliah berharap lebih ramai orang terutamanya usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada di dalam Belanjawan 2022 negeri.

Dalam Belanjawan Sabah pada tahun ini, kerajaan negeri melipatgandakan usaha membantu usahawan IKS termasuk dalam aspek pemasaran, katanya ketika melancarkan produk EMOS di Hotel Grandis di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kerjasama dengan Pasaraya Bataras dan PETRONAS Dagangan Berhad melalui program pemasaran produk IKS Sabah di Kedai Mesra PETRONAS, akan diteruskan pada tahun ini.

“Dalam pada itu, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah diperuntukkan RM5.76 juta untuk penubuhan empat lagi Pusat PKS pada 2022 bagi membantu memasarkan produk IKS. Ini berita baik untuk pengurusan EMOMS dan juga IKS di Sabah.

“Program Bantuan IKS (BAIKS) yang telah memberi menfaat kepada kira-kira 3,269 usahawan sejak penubuhannya juga akan diteruskan,” katanya.

Sejajar dengan norma baharu dalam menjalankan perniagaan, Juliah menggesa pengurusan EMOS mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan melalui pelbagai program yang dirangka untuk meningkatkan kualiti produk IKS serta meneroka pasaran luar negara melalui platform digital.

“Apa yang penting, produk itu mestilah menarik dari segi pembungkusannya selain bertahan lebih lama,” katanya sambil menambah bahawa beliau yakin melalui usaha kerajaan, produk seperti EMOMS bukan sahaja dipasarkan di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. .

Juliah ingin melihat jenama EMOMS yang terdiri daripada pelbagai resipi seperti Ikan Tausi Berlada yang popular selain pes ikan ampap, pes ayam berempah dan pes rendang ayam dan daging, akan menembusi pasaran tempatan serta luar negara.

Beliau juga berharap lebih banyak pihak termasuk persatuan wanita khususnya yang terlibat dalam perniagaan dapat membantu mempromosikan produk keluaran ibu tunggal dan usahawan IKS di negeri ini dengan menjadikan mereka lebih berdaya saing untuk menembusi pasaran yang lebih besar.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Participation of single mothers in the ready-to-eat traditional food products, EMOMS business venture has attracted the attention of the Chief Minister’s wife, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag.

“I am very impressed with EMOMS’s operation concept, which involved single mothers who are entrusted to ensure the products maintained its homemade kitchen recipe,” she said.

Getting single mothers involved as entrepreneurs is most welcome, she said, as the COVID-19 pandemic has impacted the livelihood of many sectors.

Towards this end, Juliah hoped more people especially small and medium-sized enterprise (SME) entrepreneurs would take advantage of the opportunities available under the State 2022 Budget.

In this year’s Budget, the State government would be intensifying its efforts to assist the SME entrepreneurs including in the aspect of marketing, she said during the EMOS product launching at Grandis Hotel here on Sunday.

She said the collaboration with Bataras Hypermarket and PETRONAS Dagangan Berhad through the Sabah SME products marketing programme at the Kedai Mesra PETRONAS will be continued this year.

“In the meantime, the Department of Industrial Development and Research (DIDR) has been allocated RM5.76 million for the setting up of four more SME Centres in 2022 to help market SME products. This is good news for EMOMS management and also SMEs in Sabah.

“The SME Assistance Programme (BAIKS) that has benefitted some 3,269 entrepreneurs since its inception will also be continued,” she said.

In line with the new norms of conducting business, Juliah also urged EMOS management to take the opportunity offered by the government through various programmes drawn up to improve SME products quality as well as explore overseas markets via digital platforms.

“What is important, the products must be attractive in terms of their packaging besides having a longer shelf life,” she said, adding that she was confident that through the government’s efforts, products such as EMOMS would not just be marketed locally but also internationally.

Juliah wishes to see the EMOMS brand comprising various recipes such the popular Ikan Tausi Berlada, pes ikan ampap, pes ayam berempah, pes rendang ayam and daging among others, will penetrate both the local and overseas market.

She also hoped more quarters including women associations, particularly those involved in businesses would be able to assist in promoting products produced by single mothers and SME entrepreneurs in the state by making them more competitive in order to penetrate a bigger market.

Ends