Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memberi jaminan bahawa mengurangkan kesan perubahan iklim menjadi agenda utama kerajaan negeri.

“Sebagai komitmen bagi mengurangkan kesan perubahan iklim, kerajaan negeri menyasarkan untuk menanam kira-kira 36 juta pokok sebagai sebahagian daripada Program Penghijauan Malaysia seluruh negara bertemakan “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” yang akan berlangsung selama lima tahun sehingga 2025,” katanya.

Setakat ini, katanya hampir 4.5 juta pokok telah pun ditanam di seluruh negeri.

Selain itu, Ketua Menteri berkata Sabah juga telah menubuhkan Majlis Tindakan Perubahan Iklim di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Sabah untuk membincangkan dasar dan tindakan perubahan iklim, memacu pertumbuhan ekonomi hijau, memangkin teknologi hijau serta pertumbuhan rendah karbon.

Komitmen itu sejajar dengan Dasar Negeri Sabah mengenai alam sekitar serta aspirasi negara terutamanya dalam proses mitigasi dan adaptasi iklim, katanya.

“Perubahan iklim adalah salah satu aspek utama di dalam Dasar dan kami komited untuk mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kualiti udara Sabah tidak akan merosot akibat aktiviti pembangunan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Perubahan Iklim Sabah 2021 di sini pada Selasa.

Persidangan dua hari secara hibrid yang diadakan di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort, melalui Zoom serta YouTube itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Program Penyelidikan Hutan Hutan Asia Tenggara (SEARRP) bersama PETRONAS sebagai penaja utama.

Katanya, persidangan itu tepat pada masanya kerana kesan perubahan iklim seperti peningkatan suhu, kemarau yang semakin teruk, kebakaran dan jerebu, kekerapan hujan lebat dan ribut hingga menyebabkan banjir di kawasan pedalaman dan pantai, serta ancaman yang semakin meningkat terhadap keselamatan makanan, kini dirasai secara global.

“Sabah tidak terkecuali,” katanya sambil menambah bahawa persidangan itu bukan sahaja akan meningkatkan kesedaran mengenai kesan perubahan iklim kepada masyarakat tetapi berkongsi pengetahuan serta kemudahan rangkaian.

“Saya berharap persidangan ini juga akan meningkatkan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam kedua-dua agenda iaitu perubahan iklim dan pemuliharaan.

“Saya juga berhasrat untuk melihat penyertaan lebih ramai belia supaya mereka juga boleh menyuarakan tindakan terhadap perubahan iklim,” katanya.

Hajiji berkata, Malaysia juga sedang berusaha secara aktif untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan mempergiatkan usahanya melalui pelbagai kementerian serta agensi dalam inisiatif mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

Malaysia juga mengambil bahagian dalam kerjasama dan perjanjian antarabangsa, seperti Perjanjian Paris yang berkuat kuasa pada 2016.

Beliau berkata pada Persidangan Perubahan Iklim (COP26) Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di Glasgow, Scotland, baru-baru ini, Malaysia telah mengulangi komitmennya untuk mencapai pengurangan pelepasan gas rumah kaca melalui pengemaskinian Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) dan aspirasi untuk mencapai pelepasan bersih sifar pada tahun 2050.

Sambil merakamkan penghargaan kerajaan negeri atas komitmen semua untuk menjayakan persidangan itu, Hajiji berharap ia akan menjadi platform untuk tindakan yang lebih jauh dalam menangani isu perubahan iklim bersama.

Yang turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Arifin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Ketua Penasihat Kerajaan dan Pengawal Selia PETRONAS, Anuar Ismail; Pengarah SEARRP, Datuk Dr Glen Reynolds dan Penasihat Teknikal kepada Ketua Menteri Berkaitan Perubahan Iklim, Datuk Darrel Webber.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor assured that reducing climate change impact is high on the Sabah State Government’s agenda.

“As part of our commitment to reduce the impacts of climate change, the Sabah State Government has targeted to plant about 36 million trees as part of the nationwide Greening Malaysia Programme themed “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life” which will last for five years until 2025,” he said.

So far, he said nearly 4.5 million trees have already been planted throughout the state.

In addition, the Chief Minister said Sabah has also established its Climate Change Action Council under the purview of the Sabah Forestry Department to discuss climate change policies and actions, drive green economic growth, catalyse green technology and low-carbon growth.

The commitment is in line with the Sabah State Policy on the environment as well as the national aspiration especially in the climate mitigation and adaptation processes, he said.

“Climate change is one of the key aspects covered in the Policy and we are committed to take all steps that are necessary to ensure Sabah’s air quality will not degrade as a result of development activities,” he said at the opening of the Sabah Climate Change International Conference 2021 on Tuesday.

The two-day hybrid conference held at Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and via Zoom as well as YouTube is jointly-organised by the State Tourism, Culture and Environment Ministry, Sabah Environmental Protection Department, Southeast Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP) together with PETRONAS as the main sponsor.

According to him, the conference was timely given the fact that impacts of climate change such as rising temperatures, increasingly severe droughts, associated fires and haze, more frequent heavy rainstorms driving inland and coastal flooding, and growing threats to food security were now being felt constantly globally.

“Sabah is no exception,” he said, adding that the conference will not only create awareness of climate change impacting the community but that there will be knowledge-sharing, as well as networking facilitation.

“I hope this conference will also enhance cooperation amongst a broad base of stakeholder groups to promote public participation in both the climate change and conservation agendas.

“No less important is my wish to see more youth participation so that they too can raise their voices on climate change actions,” he said.

Hajiji said the Government of Malaysia was working actively towards achieving the Sustainable Development Goals and intensifying its efforts through various ministries and agencies in climate change mitigation and adaptation initiatives.

Malaysia also participated in international collaborations and agreements, such as the Paris Agreement that came into force in 2016.

He said at the recently concluded United Nations Conference on Climate Change (COP26) in Glasgow, Scotland, Malaysia has reiterated its commitment to achieve reduction of greenhouse gas emission through the updating of the Nationally Determined Contributions (NDCs) and the aspiration to achieve net zero emissions by 2050.

Expressing the State Government’s appreciation for the commitment of all to make the conference a reality, Hajiji hoped it will be a platform for more far-reaching actions to address climate change issues together.

Present were Minister of Tourism, Culture and Environment Datuk Jafry Arifin, State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Chief, Government & Regulator Advisory PETRONAS Anuar Ismail, SEARRP Director, Datuk Dr Glen Reynolds and Technical Adviser to Chief Minister on Matters Related to Climate Change Datuk Darrel Webber.

Ends