Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Kes rasuah melibatkan pejawat awam negeri menurun sebanyak 87 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini berikutan usaha bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Negeri membanteras gejala itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata penurunan ketara itu jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab bersama memerangi jenayah ini semakin meningkat.

Statistik SPRM menunjukkan sebanyak 47 kertas siasatan dibuka pada tahun 2018 yang kemudiannya menurun kepada 11 pada 2019, sembilan pada 2020 dan sehingga Ogos tahun ini hanya enam kes telah disiasat.

“Ianya turut mencerminkan kesungguhan dan kesediaan rakyat Sabah bersama SPRM dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini,” kata Ketua Menteri sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri Sabah di Menara Kinabalu, dekat sini pada Khamis.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah mewajibkan sektor awam mewujudkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) untuk memastikan tahap integriti tinggi kalangan pejawat awam dan menangani gejala rasuah.

“Saya menyeru kepada semua kementerian di negeri ini agar turut memberikan komitmen yang padu dalam mengwujudkan OACP,” katanya sambil menambah bagi syarikat milik kerajaan negeri Sabah (GLC), pelaksanaan pelan itu adalah merupakan salah satu inisiatif dalam mempersiapkan organisasi komersial kerajaan agar mempunyai tatacara mencukupi selaras dengan peruntukan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Hajiji berkata sembilan daripada 11 kementerian negeri telahpun melaksanakan OACP masing-masing.

Katanya selain daripada memantapkan lagi tadbir urus dan integriti, pelaksanaan OACP dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya percaya jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan komitmen yang tinggi dan berusaha melestarikan integriti secara menyeluruh khususnya kepada seluruh Warga Perkhidmatan Awam di negeri ini, untuk bersama-sama melakukan perubahan dengan menyedarkan masyarakat keseluruhannya bahawa perbuatan memberi rasuah merupakan suatu kesalahan yang amat serius,” katanya.

Hajiji menggesa agar masyarakat memberi sokongan dan kerjasama dengan melaporkan kesalahan seperti salah guna kuasa dan rasuah di kawasan mereka kepada SPRM.

“Mereka yang memberi maklumat penting kepada SPRM akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

Hadir bersama Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Joachim Gunsalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai dan Pengarah SPRM Sabah Datuk Karunanithy a/l Y Subbiah.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Corruption cases involving state civil servants have gone down by 87 per cent in the past four years following concerted efforts by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and State Government to root out the scourge.

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the sharp drop was also an indication of rising awareness among state civil service personnel and a sense of responsibility to fight corruption together.

MACC statistics had shown that 47 investigation papers have been opened in 2018, dropping to 11 in 2019, nine in 2020 and up to August this year there were only six cases investigated.

“It also reflects the commitment and willingness of the Sabah people to work together with MACC,” said the Chief Minister in conjunction with the State-level International Anti-Corruption Day at Menara Kinabalu near here, Thursday.

According to him, among the steps taken by the State Government to ensure a high level of integrity in the public service was the mandatory implementation of the Organisation Anti-Corruption Plan (OACP).

“I call upon all state ministries to give their full commitment in creating and implementing the OACP,” he said, adding that in Government-linked companies (GLCs), the OACP implementation would prepare them to comply with Section 17A of the Malaysia Anti-Corruption Commission Act 2009.

Hajiji said nine of the 11 state ministries have already put in place their respective OACP.

He said apart from further boosting governance and integrity, the OACP also helped to enhance the people’s confidence in the State Government delivery system.

“I believe State Government departments and agencies under the leadership of the State Secretary are giving the highest commitment in the effort to perpetuate integrity in the state civil personnel and to make the public realise that giving bribe is a serious offence,” he said.

Hajiji urged for support and cooperation from the public by providing information on any wrongdoings such as abuse of power and bribery in their areas to the MACC

“Those providing vital information to the MACC would be protected under the Whistle Blower Protection Act 2010,” he said.

Present were Deputy Chief Minister III/Minister of Industrial Development, Datuk Joachim Gunsalam, Local Government and Housing Minister, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, MACC Chief Commissioner, Tan Sri Azam Baki, State Secretary Datuk Seri Panglima Safar Untong, Federal State Secretary Datuk Dr Zulkapli Mohamed, State Public Service Department Director-General Datuk Rosmadi Sulai and Sabah MACC Director Datuk Karunanithy a/l Y Subbiah.

Ends