Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Social Media Influencers di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.

Majlis itu dianjurkan oleh Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Dalam sesi ramah mesra dan interaksi itu, Hajiji menerangkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), Belanjawan Negeri Sabah 2022 dan usaha serta cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mendepani pandemik COVID-19.

Beliau juga meminta penggiat media sosial membantu kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat dan fakta yang betul berhubung dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa berkaitan.

Antara penggiat media sosial berpengaruh yang hadir ialah Duyung Darat, Ben Uzair, Tumatik, Laki-Laki Kacak 2, Tinimungon Tangon Kadazan Dusun, Eylia Guntabid, Dabra Sia,Rosario Bianis,Angelica Paujin, Maldini, Fanzi Ruji, Keddy Mahdfuz, Wehanida, Tashri Abdullah Cyrill, Clyrie von Derek dan Gabriella Rachel.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Pengarah IKRAR, Encik Azrul Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Inovasi Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah, Prof Madya Dr Ts Ramzah Dambul dan Pengurus Besar Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC), Puan Viviantie Sarjuni.

Tamat