KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menerima dividen berjumlah RM6.6 juta daripada syarikat milik kerajaan negeri, Progressive Insurance Bhd, bagi tahun 2020, di sini pada Selasa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cek dividen itu yang diserahkan oleh Pengerusi Progressive Insurance Bhd, Tan Sri Sukarti Wakiman, di Pejabatnya di Menara Kinabalu.

Yang turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri, Datuk Haji Rusdin Riman; Timbalan Pengerusi Progressive Insurance Bhd, Datuk Teo Poh Loon dan tiga pengarah syarikat berkenaan iaitu Paul Chong; Chee Shok Ting dan Haji Mohamed Rifai Mohd Razi.

Ketua Menteri berharap syarikat itu akan terus memajukan perniagaan agar kekal berdaya tahan dan mencatat keuntungan terutama ketika pandemik COVID-19 ini.

Sementara itu, Sukarti berkata semoga syarikat itu akan mencatat keuntungan yang lebih lagi pada tahun-tahun seterusnya agar dapat memberi dividen kepada kerajaan negeri.

Tamat