Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap lebih banyak pemain industri di negeri ini menjalin kerjasama dengan Politeknik Kota Kinabalu dan membantu melahirkan graduan berkualiti tinggi dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata ini juga akhirnya adalah untuk kepentingan industri itu sendiri yang mana mereka akan dapat mencari pekerja yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan mereka.

Berucap ketika merasmikan pelancaran Sambutan Jubli Perak Politeknik Kota Kinabalu yang berlangsung secara virtual hari ini, Hajiji berkata kerajaan negeri menyokong penuh inisiatif yang diambil oleh Politeknik Kota Kinabalu bagi memastikan ia terus berkembang dan berdaya saing.

Ketua Menteri berkata sebanyak 141 kolaborasi bersama agensi swasta dan jabatan kerajaan melalui pelbagai bidang. Ini adalah satu petunjuk yang baik kepada Politeknik Kota Kinabalu.

“Ini bermakna lebih banyak organisasi terutama daripada sektor swasta yang mengambil pelajar Politeknik untuk bekerja. Justeru, kita berharap Politeknik Kota Kinabalu akan terus melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran tinggi dan relevan dengan kehendak industri,” katanya.

Beliau turut berasa gembira mengetahui sebanyak 17 program pengajian yang ditawarkan di peringkat sijil, pra-diploma dan diploma yang ditawarkan oleh Politeknik Kota Kinabalu.

Sehingga Disember 2019, Politeknik Kota Kinabalu melahirkan seranai 24,457 graduan TVET.

Ditubuhkan pada 1 Mac 1996, Politeknik Kota Kinabalu katanya menjadi komponen penting dalam sistem pendidikan negeri khususnya dalam mempromosikan TVET kepada belia.

Ramai belia kini menyedari kelebihan memperoleh kelayakan TVET yang sangat diperlukan dalam pasaran pekerjaan.

“TVET bukanlah pengajian kelas kedua untuk mereka yang tercicir atau kurang cemerlang, sebaliknya kerjaya berasaskan kemahiran yang ditawarkan menerusi pengajian TVET mampu menjanjikan pendapatan lumayan.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Politeknik Kota Kinabalu kerana berjaya melahirkan pelajar yang sangat inovatif, cemerlang dalam sukan, budaya dan akademik sejak 25 tahun yang lalu.

“Walaupun program yang ditawarkan sedikit berbeza dengan Universiti Awam, namun Politeknik mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kemahiran yang diperolehi oleh pelajar dapat digunakan sepanjang hayat selepas mereka memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hoped more industry players in the state will forge a partnership with Politeknik Kota Kinabalu and assist in producing high quality graduates in the Technical and Vocational Education and Training (TVET) programme.

He said that after all it would be for the industry’s own benefit as they would be able to seek workers from a highly-skilled human capital pool that cater to their needs.

“The State Government is committed to developing our human capital. The TVET programme is also in line with the development of human capital and people’s wellbeing, which is the second thrust of the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).”

Speaking at the launching ceremony of Politeknik Kota Kinabalu Silver Jubilee celebrations held virtually today, Hajiji said the State Government fully supported initiatives taken by Politeknik Kota Kinabalu to ensure its continuous growth and competitiveness.

The Chief Minister noted that having 141 collaborations with private and government agencies in various fields was a good sign for Politeknik Kota Kinabalu.

“This means more organisations, especially from the private sector, are hiring polytechnic students. So, we hope Politeknik Kota Kinabalu will continue to produce more graduates who are highly-skilled and relevant to industry’s needs,” he said.

He was also glad to note that Politeknik Kota Kinabalu is offering 17 programmes at the certificate, pre-diploma and diploma levels.

Until December 2019, Politeknik Kota Kinabalu has produced 24,457 TVET graduates.

Incepted on March 1, 1996, Politeknik Kota Kinabalu he said has been an integral component in the state’s education system particularly in promoting TVET to the youths.

Many youths now realise the advantages of securing TVET qualification that is highly sought after in the job market.

“TVET is not a second class study for dropouts students, instead it is a study that offers students a skill-based career with a prospective lucrative income,” he said.

He congratulated Politeknik Kota Kinabalu for successfully nurturing many students who are highly innovative, excelling equally in sports, cultural and academic in the past 25 years.

“While Politeknik Kota Kinabalu may offer programmes that are a little bit different from public universities, they have their own strength. Their students can utilise the skills acquired for life and after entering the job world,” he said.

Ends