Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik mengetuai barisan kepimpinan peringkat tertinggi untuk memberi taklimat kepada Kabinet negeri Sabah di Menara Kinabalu, di sini pagi tadi.

Taufik turut membuat pencerahan gambaran keseluruhan mengenai operasi Petronas Sabah termasuklah perniagaan Gas Asli Cecair (LNG) syarikat minyak nasional itu.

Taklimat hari ini adalah susulan pertemuan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dengan pengurusan kanan Petronas di Kuala Lumpur pada 24 Ogos lalu.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Gas & Tenaga Baharu Petronas), Adnan Zainol Abidin; Naib Presiden Kanan Strategi Korporat, Mazuin Ismail; Naib Presiden LNG Assets, E Abang Yusuf Abang Puteh; Ketua Pengurusan Integrated Hydrocarbon, Aidid Chee Tahir; Pengurus Penasihat Perniagaan (upstream, Corporate Strategic Planning), Masnizah Supu dan Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Puan Siti Ayu Abdul Wahab.

Ini adalah taklimat pertama kepada Kabinet negeri oleh Petronas sejak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk pemerintahan.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Petronas President & Group Chief Executive Officer Tengku Muhammad Taufik led a high level team to brief the State Cabinet at the Menara Kinabalu here this morning.

Taufik presented an overview of Petronas Sabah’s operations including the national oil company’s Liquefied Natural Gas (LNG) business.

Today’s briefing followed Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor‘s meeting with senior Petronas management in Kuala Lumpur on 24 August, 2021.

Joining him were Executive Vice President and CEO of Gas and New Energy, Adnan Zainol Abidin, Senior Vice President Corporate Strategy, Mazuin Ismail, Vice President of LNG Assets, Abang Yusuf Abang Puteh, Head, Integrated Hydrocarbon Management, Encik Aidid Chee Tahir, Head (Business Advisory- Upstream) Masnizah Supu and Head of Petronas Sabah and Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

This was the first briefing to the State Cabinet by Petronas since the GRS Government took over the helm of government.

Ends