Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyambut baik rancangan seorang pelabur dari Taiwan untuk membina sebuah resort eko-pelancongan bertaraf 5 bintang yang mewah di Pulau Mengalum, yang dianggarkan kos keseluruhan lebih RM1 bilion.

“Pelancongan sangat penting bagi Sabah dan sebab itulah sektor ini dikenal pasti sebagai salah satu daripada tiga teras utama dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor .

Dalam pertemuan dengan Sinyi Realty Group di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa, Hajiji gembira kerana syarikat hartanah terbesar Taiwan memilih Sabah untuk pelaburan mereka.

“Sabah adalah salah satu negeri paling cantik di Malaysia dan banyak yang kami tawarkan daripada aspek pelaburan dalam sektor pelancongan,” katanya.

Sejajar dengan SMJ, Hajiji memberi jaminan kepada Kumpulan Sinyi bahawa kerajaan negeri akan memberi bantuan yang diperlukan untuk memudahkan pelaburan mereka di negeri ini.

Terdahulu, Ketua Kumpulan Sinyi, Chou Chun Chi merakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas sokongan terhadap usaha itu dan mengatakan pembangunan di Pulau Mengalum akan menarik pasaran pelancongan serba mewah.

“Ia akan menyediakan kira-kira 2,400 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan diharapkan dapat membawa 97,000 pelancong ke Sabah setiap tahun,” katanya.

Turut mengiringi Chou dalam kunjungan hormat kepada Hajiji ialah Naib Pengerusi Kumpulan Sinyi, Chou Wang Mei Wen; Pengurus Besar; Chow Kok Yein; Pengurus Kanan Tann Chung Yong dan Pengurus Projek, Chou Chun Hao.

Yang turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

Setelah memperoleh lebih daripada separuh pulau dengan harga RM266 juta pada tahun 2019, Kumpulan Sinyi merancang untuk memulihkan bahagian pulau yang tandus dengan penghutanan semula dan juga memulihkan terumbu karang di sekitarnya yang rosak akibat penggunaan bom ikan.

Pulau Mengalum sebelum ini pernah menjadi pusat kuarantin ternakan sehingga tahun 1997.

Sebelum penularan pandemik COVID-19, pulau itu, yang terletak lebih sejam perjalanan dengan kapal dari ibu negeri, amat popular dalam kalangan pelancong China.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The Sabah Government welcomes the plan by an investor from Taiwan to build an ultra-luxury 5-star eco-tourism resort at Mengalum Island, estimated to cost over RM1 billion in total development.

“Tourism is very important for Sabah and that is why the sector is identified as one of the three main thrusts in the development of the state in our Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Meeting with the Sinyi Realty Group at Menara Kinabalu near here on Tuesday, Hajiji was happy that Taiwan’s largest real estate company had chosen Sabah for their investment.

“Sabah is one of the most beautiful states in Malaysia and we have so much to offer in terms of investments in the tourism sector,” he said.

In line with the SMJ, Hajiji assured the Sinyi Group that the State Government will provide necessary assistance to facilitate their investments.

Earlier, Sinyi Group Chairman, Chou Chun Chi in expressing gratitude to the Sabah Government and Chief Minister for the support to the venture said the development at Mengalum Island is set to capture the niche high-end tourism market.

“It will provide about 2,400 job opportunities for locals and expected to bring in 97,000 tourists to Sabah annually,” he said.

Accompanying Chou to call on Hajiji were Sinyi Group Vice Chairman Chou Wang Mei Wen, General Manager Chow Kok Yein, Senior Manager Tann Chung Yong and Project Manager Chou Chun Hao.

Also present at the courtesy call was Tourism, Environment and Culture Assistant Minister, Datuk Joniston Bangkuai who is also chairman of the Sabah Tourism Board.

Having acquired more than half of the island for RM266 million in 2019, the Sinyi Group plans to restore the barren part of the island by reforestation as well as rehabilitates the surrounding coral reefs damaged by fish bombings.

Mengalum Island used to be a cattle quarantine centre until 1997.

Before the Covid-19 pandemic, the island, which is about an hour and 15 minutes boat ride from the State Capital, was popular mostly among Chinese tourists.

Ends