Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Badan air yang banyak tercemar akibat serangan kiambang Salvinia Molesta di Sabah, dijangka dapat dibersihkan dengan menggunakan kumbang Cyrtobagous Salviniae.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor turut memuji usaha mesra alam yang diambil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri menerusi Jabatan Pertanian.

Berasal dari Brazil, rumpai akuatik Salvinia molesta ini tumbuh di permukaan air dan membahayakan biodiversiti serta pelbagai spesies air tawar termasuk ikan dan tumbuhan akuatik. Kiambang ini pertama kali dikesan di Sabah pada awal tahun 2000.

Spesies kumbang dengan muncung panjang, kumbang Cyrtrobagous salviniae atau kumbang salvinia adalah agen pengawal hama biologi untuk Salvinia molesta atau biasanya dikenali sebagai salvinia gergasi kerana kedua-dua yang dewasa dan larva memakan tumbuhan.

Ketika melancarkan program secara maya untuk memperkenalkan Kiambang Cyrtobagous salviniae ke seluruh daerah di Sabah, Ketua Menteri berkata Kiambang gergasi ini atau `giant salvinia’ telah mencemari sekurang-kurangnya 200 badan air seperti sungai, kolam ikan, parit dan sawah di seluruh negeri ini.

“Ini adalah keadaan yang serius dan perlu ditangani dengan segera,” katanya sambil menambah bahawa tindakan harus diambil untuk menghentikan penyebaran kiambang ini di Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Tongod dan Tuaran.

Katanya, kerajaan negeri amat menghargai dan menyokong pelbagai langkah yang telah diambil oleh Jabatan Pertanian Sabah bersama Koperasi Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad (KOPEL Bhd), Agensi Remote Sensing Malaysia (MYSA), Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah, Pusat Biodiversiti Sabah dan Sawit Kinabalu Sdn. Bhd dalam aktiviti memantau infestasi (organisma) rumpai kiambang.

“Usaha ini diperlukan bagi memastikan serangan kiambang Salvinia molesta dapat diatasi secara menyeluruh. Justeru itu, saya ingin menyeru seluruh masyarakat di Sabah untuk sama-sama menyertai perjuangan mengawal perebakan kiambang ini bagi memastikan badan air dan alam sekitar terus terpelihara,” katanya.

Dalam masa sama, Ketua Menteri menggesa orang ramai agar sentiasa peka kepada ancaman-ancaman ini dan tidak sewenang-wenangnya membawa, menjual atau menyebarkan apa-apa jenis tanaman, haiwan atau mikroorganisma dari luar negeri atau luar negara tanpa melalui prosedur kuarantin yang betul seperti prosedur-prosedur kuarantin yang dikuatkuasa di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981.

Kiambang Salvinia boleh didapati dan dijual dalam talian sebagai perhiasan untuk akuarium.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Vast tracts of bodies of water in Sabah are expected to be cleared of Salvinia molesta infestation with the introduction of the Cyrtobagous salviniae weevils.

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor lauded the environmental-friendly efforts taken by the Agriculture and Food Industry Ministry through the Agriculture Department.

Native to Brazil, the invasive Salvinia molesta aquatic weeds grow on surface of bodies of water and endanger biodiversity and abundance of freshwater species, including fish and submerged aquatic plants.The weeds first sighted in Sabah in early 2000.

A beetle species with elongated snouts, the Cyrtobagous salviniae weevil or salvinia weevil is an agent of biological pest control for the Salvinia molesta or commonly known as giant salvinia since both adults and larvae feed on the plant.

Launching the programme virtually to introduce the Cyrtobagous salviniae weevils to all the districts in Sabah to check the Salvinia molesta infestations, the Chief Minister said giant salvinia has infested at least 200 water bodies such as rivers, waterways, fish ponds and padi fields throughout Sabah.

“This is a serious situation and needs to be addressed immediately,” he said, adding that steps have to be taken to stop the spreading of the weeds in Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Tongod and Tuaran.

He said the State Government appreciated and fully support the various steps taken by the State Agriculture Department together with the Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad (KOPEL Bhd), Malaysia Remote Sensing Agency, Wildlife Department, Forestry Department, Sabah Biodiversity Centre and Sawit Kinabalu Sdn Bhd in monitoring the giant salvinia infestations.

“These efforts are necessary to ensure the infestation of Salvinia molesta can be addressed in a holistic manner. Therefore, I call upon the people in Sabah to join in and help our water bodies and environment stay pristine,” he said.

At the same time, the Chief Minister urged the people to be alert on such threats by refraining from bringing in, selling or spreading any type of non-native plant, animal or micro organisms without going through the proper quarantine procedures as stipulated in the 1976 Plant Quarantine Act and 1981 Quarantine Regulations.

Giant salvinia can be found being sold online as decoration for guppy fish aquariums.

Ends