Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta semua agensi berkaitan mengadakan lebih banyak inisiatif dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti bidang berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata negara menghadapi pelbagai cabaran kerana perubahan dalam landskap global sekali gus memerlukan pelajar yang lebih bermotivasi tinggi dalam bidang STEM.

“Kerajaan Negeri juga akan terus memastikan bahawa sains dan teknologi memberi manfaat kepada semua orang ketika negara ini menuju ke arah negara maju dan berteknologi tinggi,” katanya ketika merasmikan secara maya majlis penutupan Karnival Sains Sabah selama tiga bulan, pada Isnin.

Hajiji berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah mendapat kepercayaan daripada Yayasan Inovasi Malaysia untuk membina ruang reka flagship berkeluasan 2,000 kaki persegi di Bangunan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) untuk membantu memacu inovasi dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri turut mengulangi bahawa Sabah telah menerima peruntukan RM3.5 bilion melalui program Jaringan Digital Nasional atau JENDELA untuk meningkatkan capaian internet 4G di negeri ini kepada 90 peratus menjelang tahun 2023.

Sebanyak 51 menara telekomunikasi telah siap dibina dan 483 lagi sedang dalam proses pembinaan, katanya, sambil menambah bahawa program JENDELA adalah penting untuk menyokong agenda ekonomi digital dan menyediakan peluang daripada teknologi dan inovasi terkini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri juga akan memasang kemudahan Terminal Aperture yang Sangat Kecil (VSAT) di 300 lokasi, terutama di sekolah pada tahun depan.

Kemudahan VSAT telah dipasang di 55 lokasi pada tahun ini untuk melengkapkan program JENDELA dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Karnival Sains diadakan secara dalam talian melalui laman Facebook Karnival Sains Sabah dan saluran Youtube rasmi Kerajaan Negeri, Sabah Gov Official.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The State Government wants the Science, Technology and Innovation Ministry as well as all related agencies to push for initiatives in science, technology, engineering and mathematics (STEM) to attract more students to these disciplines.

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the country is facing challenges due to changes in the global landscape thus the need for more highly-motivated students in STEM.

“The State Government will also continue to ensure that science and technology benefits everyone as the country gears up to a progressive and high technology nation,” he said at the virtual closing of the three-month Sabah Science Carnival on Monday.

Hajiji said the State Science, Technology and Innovation Ministry has been entrusted by the Yayasan Inovasi Malaysia to build a 2,000 square feet flagship design building at the Creative Economy and Innovation Centre at KKIP to help spur innovations among people in the state.

On another note, the Chief Minister reiterated that Sabah had received an allocation of RM3.5 billion through the National Digital Networking programme or JENDELA to boost 4G internet connectivity in the State to 90 per cent by 2023.

Some 51 telecommunication towers have been completed while another 483 are in the midst of construction, he said, adding the JENDELA programme was important to support the digital economy agenda and provide opportunities from the latest technology and innovations.

The State Science, Technology and Innovation Ministry would also be installing the Very Small Aperture Terminal (VSAT) facility in 300 locations, particularly schools next year.

The VSAT facility have been installed in 55 sites this year to complement the JENDELA programme in collaboration with the Malaysian Communication and Multimedia Commission.

The Science Carnival was held online through the Sabah Science Carnival Facebook page and State Government official Youtube channel, Sabah Gov Official.

Ends