Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Bahagian pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah diberi hak eksklusif untuk menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan perjanjian yang ditandatangani pada Isnin itu, bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong menandatangani perjanjian itu bagi pihak kerajaan negeri manakala Qhazanah Sabah diwakili oleh Ghazallie Ansing yang juga Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB) iaitu anak syarikat milik penuh Qhazanah.

Ketua Menteri berkata dengan perkembangan ini, kerajaan negeri menyasarkan untuk mengatasi masalah kekangan sambungan internet dengan kemudahan telekomunikasi yang sangat diperlukan, terutama sekali di kawasan luar bandar.

Melalui CTTSB, kerajaan negeri akan menaiktaraf lebih daripada 2,000 menara telekomunikasi dan membangunkan sebanyak 400 yang baru di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA).

CTTSB adalah salah satu pemilik dan pengendali menara bebas terbesar di Malaysia. Syarikat ini memiliki, mengendalikan dan menguruskan 257 menara telekomunikasi di Sabah berikutan pelantikannya untuk melaksanakan Projek TIME2 di Sabah sejak tahun 2005.

Yang turut hadir ialah Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Tuan Hj Rusdin Riman; Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah, Haji Mohd Shukor Abdul Mumin; Ketua Pegawai Eksekutif Qhazanah Sabah, Ahmad Rizal Dahli dan Ketua Pegawai Eksekutif CTTSB, Mikail Sungiau Abdullah.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: State Government investment arm, Qhazanah Sabah has been given the exclusive rights to spearhead the development of the telecommunication infrastructure in Sabah.

An agreement to this effect was signed by on Monday witnessed by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor together with Deputy Chief Minister Datuk Seri Bung Moktar Radin and Qhazanah Sabah Chairman Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

State Secretary Datuk Seri Safar Untong signed on behalf of the State Government while Qhazanah Sabah was represented by Ghazalie Ansing, Chairman of its whollyowned subsidiary, Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB).

The Chief Minister said with this development, the state government aims to overcome internet connectivity challenges with much needed telecommunication facilities, especially in the rural areas.

Through CTTSB, the State Government will be upgrading more than 2,000 telecommunication towers and building 400 new ones under the National Digital Network Plan (Jendela).

CTTSB is one of the largest independent tower owners and operators in Malaysia. The company owns, operates, and manages 257 telecommunication towers in Sabah
following its appointment to undertake the TIME2 Project in Sabah since 2005.

Also present at the signing today were State Attorney General Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Finance Ministry Permanent Secretary, Tuan Hj Rusdin Riman, Qhazanah Sabah Executive Director Haji Mohd Shukor Abdul Mumin, Qhazanah Sabah Chief
Executive Officer Ahmad Rizal Dahli and CTTSB Chief Executive Officer Mikail Sungiau Abdullah.

Ends