KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima RM104,837 daripada penjawat awam negeri sebagai sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah.
Jumlah itu dikumpul hasil pengurangan elaun penjawat awam daripada Gred 29 dan ke atas.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong (dua kanan) menyampaikan replika cek kepada Hajiji di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini pada Khamis.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai (kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Hajah Masnah Matsalleh.
Tamat