KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor

yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai

pendirian Pengerusi UMNO Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang

konsisten dengan komitmen untuk terus bersama dalam Kerajaan GRS di

negeri Sabah.

 

Hajiji berkata kenyataan terbuka itu menzahirkan komitmen padu semua

kepimpinan GRS untuk menjunjung mandat rakyat di Sabah yang telah

memilih kerajaan baharu di bawah gagasan GRS.

“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat

serta negeri.

 

“Cabaran di hadapan kita adalah menangani isu kesihatan, keselamatan dan

ekonomi susulan pandemik COVID-19.” Kata Hajiji.

 

“Justeru, sebagai Pengerusi GRS saya amat menghargai pendirian Pengerusi

Badan Perhubungan UMNO Sabah (Dato’ Sri Bung Moktar Radin) yang terus

bersama kerajaan GRS di Sabah,” katanya.

 

Hajiji berkata perjuangan untuk bersama rakyat perlu diterjemahkan dengan

komitmen semua pemimpin untuk fokus, bekerjasama dan bersatu padu untuk

 

membawa Sabah keluar dari permasalahan ini.

 

Tamat