KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG  Malaysia) diketuai oleh Presidennya,Prof.Dato’ Dr.Mohd Fakhrudin Abdul Mukti di  pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. 

Selain mendengar beberapa nasihat daripada Hajiji, Mohd.Fakhrudin memberi taklimat  berhubung aktiviti yang dianjurkan oleh WOAG seperti seminar dan multaqa ilmiah dan  lain-lain yang kebanyakannya berorientasikan pendidikan dan kebajikan, disamping  menyebarkan fahaman kesederhanaan berteraskan kecintaan kepada keamanan dan  keharmonian kaum dan agama. 

Rombongan WOAG Malaysia turut disertai oleh beberapa orang pensyarah daripada  Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darussalam. 

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin  Haji Mohd Arif dan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ustaz  Malai Ali Malai Ahmad. 

Tamat