KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia, Tuan Yang Terutama  B.N Reddy di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini. 

Hajiji dan B.N.Reddy mengadakan perbincangan mengenai hubungan dan jalinan  kerjasama dua hala yang lebih rapat diantara Sabah dan India terutamanya melalui  kerjasama perdagangan dan komersial. 

Ini merupakan kunjungan hormat kedua B.N.Reddy kepada Hajiji yang juga Menteri  Kewangan Negeri.  

Beliau turut menghadiri sambutan ulang tahun ke 75 Sabah Indian Association (SIA) di  Kota Kinabalu pada Ahad lalu. 

Tamat