Siaran Media

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  yang baharu, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff di pejabatnya di Menara Kinabalu,  hari ini. 

Hakimah dilantik ke jawatan itu pada pada 21 Mac 2022, menggantikan Datuk Abdul Aziz  Jusoh yang bersara wajib pada 9 November lalu. 

Beliau telah mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang memegang jawatan sebagai  Ketua Pengarah JAKIM. 

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif,  Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar JAKIM, Encik Zahrollail Zainal dan  Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Encik Sapdin Ibrahim. 

Tamat