KOTA KINABALU: Syarikat milik kerajaan, Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah Sdn Bhd memberi taklimat khas kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini. 

Taklimat berhubung status terkini POIC dan “way forward” diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Fredian Gan. 

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pengerusi POIC, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri, Encik Thomas Logijin dan eksekutif kanan POIC. 

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut berbuka puasa bersama pengurusan POIC. 

Tamat