Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Hab Halal akan dibangunkan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk mengalakkan usahawan tempatan menceburi dan menembusi pasaran halal.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata Hab Halal di kawasan seluas 20 ekar itu akan menyediakan kemudahan premis, teknologi dan platform digital yang diperlukan usahawan dalam sektor berkenaan.

“Hab Halal akan memberi panduan kepada usahawan mengenai keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan halal dan persijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri). Ia juga akan memberi bantuan dalam pemprosesan dan pemasaran produk itu,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Jelajah Halal Malaysia 2021 peringkat negeri di Hotel Marriot di sini, pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Sabah adalah antara penyumbang dalam ekonomi halal negara, sektor pertumbuhan baharu yang berpotensi besar, katanya.

Pada tahun 2020, industri halal telah menyumbang sebanyak RM9.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, manakala laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan segmen pasaran halal dijangka menyumbang kepada 8.1 peratus KDNK negara dan mampu menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada 2025.

Ekonomi halal yang kukuh juga akan menjadi petanda baik dalam menarik lebih ramai ketibaan dalam sektor pelancongan mesra Muslim (MFT), segmen baharu dalam sektor pelancongan di Sabah, katanya.

“Dalam Laporan Ekonomi Islam Global 2020/21, Malaysia telah mengungguli tempat teratas dalam sektor pelancongan MFT. Justeru, kita tidak mahu Sabah terlepas peluang dalam sektor pasaran pelancongan halal,” katanya.

Industri pelancongan halal dijangka meningkat kukuh memandangkan lokasi Sabah yang strategik dalam BIMP-Eaga yang turut membuka banyak peluang pelaburan langsung dan perdagangan sempadan dengan pembangunan di negara jiran Kalimantan, Indonesia, katanya.

Sehubungan itu, Ketua Menteri menggesa semua kementerian dan agensi berkaitan serta pemain industri dapat menggembleng tenaga dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran produk halal tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Saya mahu melihat lebih ramai usahawan Kecil dan Sederhana (PKS) mengambil bahagian secara aktif dalam ekosistem halal dan menaik taraf perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Kerajaan negeri juga akan terus menyediakan pelbagai inisiatif sebagai pemangkin kepada industri halal, khususnya dengan memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada PKS tempatan, katanya sambil menambah bahawa pasaran produk halal tidak lagi tertumpu kepada pengguna Islam sahaja tetapi turut menyaksikan peningkatan permintaan dalam kalangan pengguna bukan Islam.

Beliau berharap lebih banyak syarikat tempatan akan menceburi sektor itu kerana pada masa ini hanya kira-kira 300 syarikat did Sabah mendapat pengiktirafan halal walaupun terdapat lebih 5,000 syarikat berpotensi besar di negeri ini.

Ketua Menteri berkata Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah diperuntukkan sebanyak RM5.76 juta di bawah perbelanjaan perbekalan dalam Belanjawan 2022 Sabah bagi menubuhkan empat lagi pusat PKS di negeri ini.

Program Bantuan PKS (BAIKS) yang telah membantu 3,269 usahawan sejak penubuhannya akan diteruskan, manakala lebih banyak program khususnya dalam meningkatkan kualiti produk sedang dalam perancangan, katanya.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: A Halal Hub will be set up at the Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) initiatives to encourage local entrepreneurs to venture and penetrate the Halal market.

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the Halal hub, which is on a 20-acre land will provide for lots, technology facilities as well as the necessary digital platform for entrepreneurs in the sector.

“The Halal Hub will provide guidance to the entrepreneurs on the requirements to obtain Halal and MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) accreditations. It will also render assistance in the processing and marketing of the product,” he said at the state- level Malaysia Halal Roadshow 2021 closing at Marriot Hotel here, Thursday.

His speech was delivered by Community Development and People’s Wellbeing Minister Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Sabah is among the country’s contributors to the Halal economy, a new growth sector with huge potential, he said.

Last year, the halal industry contributed RM9.7 billion to the national Gross Domestic Product (GDP) while the Economic Planning Unit (EPU) report projected the market segment contributing 8.1 per cent to the national GDP and generating export revenue of RM56 billion in 2025.

A strong Halal economy would also augur well in attracting more arrivals in the Muslim- friendly travel (MFT) sector, an emerging new segment in tourism, to Sabah, he said.

“In the Global Islamic Economy Report 2020/21, Malaysia emerged top in the MFT tourism sector. So, we do not want Sabah to miss out in the Halal tourism market,” he said.

The Halal tourism industry is expected to pick up strongly in view of Sabah’s strategic location in the BIMP-Eaga that will also open up many direct investment opportunities and border trade with the anticipated development in neighbouring Kalimantan, Indonesia, he said.

In this respect, the Chief Minister urged the related ministries and agencies as well as industry players to garner efforts to boost the marketability of local halal products at the international level.

“I want to see more Small and Medium-sized Entrepreneurs (SMEs) actively participating in the halal ecosystem and upgrade their businesses to a higher level,” he said.

The State Government will continue to provide various initiatives as catalyst to the halal industry, particularly by giving more business opportunities to the local SMEs, he said, adding that the market for Halal products was no longer focussed on Muslims only because there has been an increase in demand for it among non-Muslim consumers as well.

He hoped more local companies would venture into the sector because at the moment only about 300 companies in Sabah are Halal-accreditated even though there are more than 5,000 companies with great potentials here.

The Chief Minister said the Department of Industrial Development and Research (DIDR) has been allocated with RM5.76 million for its supply expenditure in the State 2022 Budget that would see four more SME Centres being set up.

The SME Assistance Programme (BAIKS) that have helped 3,269 entrepreneurs since its inception would be continued, while more programmes especially in improving the quality of the products are in the pipeline, he said.

Ends