Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memperluaskan jumlah Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) di bawah inisiatif Heart of Borneo (HoB) yang meliputi 30 peratus keluasan negeri ini menjelang tahun 2025.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata pada masa ini lebih 26 peratus keluasan tanah negeri ini atau 1.9 juta hektar sudah diwartakan sebagai TPA di bawah inisiatif HoB.

Sabah telah mencapai kemajuan yang membanggakan dalam pemuliharaan hutan sejak penubuhan Inisiatif HoB 14 tahun lalu, katanya sambil menambah bahawa 75 peratus daripada 1.9 juta hektar TPA terletak dalam sempadan Malaysia di Borneo.

Sasaran pengembangan TPA adalah sejajar dengan pelan pembangunan lima tahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021– 2025 yang mana Inisiatif HoB termasuk  dalam Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, katanya.

“Berdasarkan usaha bersepadu yang kami lakukan, Sabah telah mengekalkan sebanyak 50 peratus daripada keluasan negeri ini di bawah perlindungan hutan dan kita telah meningkatkan kawasan litupan hutan kepada 65 peratus yang mana 52 peratus daripadanya diwartakan sebagai Hutan Simpan, Taman dan Kawasan Konservasi Hidupan Liar. Projek HoB telah memulihkan 2,000 hektar hutan simpan,” katanya

Ketika merasmikan persidangan antarabangsa HoB yang pertama secara maya: “Inisiatif HoB – Melangkah ke Hadapan dalam Norma Baharu” hari ini, Hajiji berkata Sabah juga menjadi negeri pertama di negara ini yang melancarkan Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice), mencontohi langkah yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu Ketua Menteri, berkata Sabah akan melaksanakan Pengurusan Landskap Bersepadu HoB di bawah ‘Global Environment Facility-funded, Food Systems, Land Use and Restoration Impact Programme (FOLURIP), sebuah projek yang memfokuskan kepada pengurusan pembangunan tanah dan alam sekitar.

“Projek enam tahun ini membabitkan sebanyak 1.6 juta hektar dalam landskap HoB, dengan kos RM30.3 juta atau (USD7.3 million) akan dibiayai oleh Global Environment Facility (GEF), di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

“Sabah juga akan terlibat dalam satu lagi program yang dibiayai UNDP iaitu projek BIOFIN berkaitan Pemuliharaan Kewangan di negeri ini,” katanya.

Katanya, Sabah telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi, melaksanakan 79 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) beberapa tahun lalu.

“Hari ini, kami akan menambah sebanyak lapan lagi MoU dalam senarai itu,” katanya.

Ketua Menteri berkata sejak 2009 Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM47 juta untuk Inisiatif HoB dan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Kerajaan Persekutuan telah menjanjikan tambahan RM13 juta.

Hajiji berkata, sejak tahun 2007, sebanyak 22 pos lapangan telah diwujudkan untuk meningkatkan penguatkuasaan di dalam hutan simpan Sabah.

“Jabatan Perhutanan Sabah telah menubuhkan pasukan taktikal elit dikenali sebagai PROTECT iaitu skuad khas anti pemburuan haram untuk membantu penguatkuasaan logistik dan pasukan itu bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Operasi Khazanah, bagi memeriksa isu berkaitan pencerobohan hutan.

“Bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan, kami telah melibatkan masyarakat setempat untuk berkhidmat sebagai Renjer Hutan Kehormat, dan hari ini kami mempunyai 112 renjer daripada 700 penduduk kampung,” katanya.

Pada masa sama, katanya Sabah telah menganjurkan 42 ekspedisi saintifik dalam sempadan HoB termasuk 1,800 pelajar tempatan dari 34 sekolah terlibat dalam program kesedaran HoB.

Beliau berkata ekspedisi penyelidikan ini telah menghasilkan beberapa penemuan saintifik utama, antaranya, pokok hutan hujan tertinggi di dunia di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, Lahad Datu, dan penemuan Langur Hose endemik Borneo yang jarang ditemui di Maligan, Sipitang.

“Hasil daripada ekspedisi itu akan menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dalam merangka Rancangan Pemuliharaan khususnya di kawasan Nilai Konservasi Tinggi,” katanya.

Hajiji berkata sama seperti pelaksanaan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) di peringkat Persekutuan untuk melihat isu perubahan iklim, Sabah juga akan mempunyai platform CAC sendiri untuk membincangkan dasar dan tindakan perubahan iklim, memacu pertumbuhan ekonomi hijau, memangkin kehijauan, teknologi dan pertumbuhan rendah karbon.

“Sabah akan menjalankan perdagangan karbon dengan berhati-hati supaya aktiviti seperti itu tidak menjejaskan komitmen pelepasan gas rumah hijau (GHG) negara,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata persidangan tahun ini akan membantu kerajaan mengumpul sumber bagi merangka Pelan Tindakan Strategik (SPA) ketiga bagi inisiatif itu.

SPA, pertama kali disediakan pada 2013 dan akan siap menjelang 2022.

Beliau juga gembira melihat usaha berterusan dalam penyelidikan oleh saintis dan penulis di HoB yang telah menghasilkan beberapa penerbitan seperti yang dibuktikan dengan penerbitan dua buku baharu oleh Markus Gubilil bertajuk “Senarai Semak Pokok Sabah – edisi baharu” dan “Panduan Bergambar. Likofit dan Paku Pakis di Sabah,”

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The State Government will expand the Total Protected Areas (TPAs) under the Heart of Borneo (HoB) Initiative to cover 30 per cent of Sabah’s landmass by 2025.

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said currently more than 26 per cent of the State’s land area or 1.9 million hectares has been gazetted as TPAs under the HoB Initiative.

Sabah has achieved significant progress in forest conservation since the inception of the HoB Initiative 14 years ago, he said while adding that 75 per cent of the 1.9 million hectares TPAs are located within the Malaysian boundary in Borneo.

The TPAs expansion target is in line with Sabah’s five-year development plan, the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 – 2025 which has included the HoB Initiative in the Green Infrastructure and Sustainability Networks, he said.

“From our concerted efforts, Sabah has maintained 50 per cent of its landmass under forest covers and we have increased forest covers to 65 per cent of which 52 per cent are gazetted as Forest Reserves, Parks and Wildlife Conservation Areas. The HoB Project has restored 2,000 hectares of forest reserves,” he said.

Officiating at the first virtual international conference on HoB: “HoB Initiative – Moving Forward in the New Norm” today, Hajiji said Sabah was also the first state in the country to launch its Good Regulatory Practice, emulating the move mooted by the Federal Government.

In relation, the Chief Minister said Sabah will be implementing the Integrated Landscape Management of Heart of Borneo Landscapes under the Global Environment Facility- funded, Food Systems, Land Use and Restoration Impact Programme (FOLUR IP), a project that focuses on environmental and land development management.

“The six-year project involves 1.6 million hectares within the HoB landscape, costing USD7.3 million (RM30.3 million) to be funded by the Global Environment Facility (GEF), under the United Nations Development Programme (UNDP).

“Sabah will also be involved in another UNDP-funded programme, the BIOFIN project, on Conservation Finance in the State,” he said.

According to him, Sabah has engaged with various partners, executing 79 Memoranda of Understanding (MoUs) and Memoranda of Agreement (MoAs) in past years.

“Today, we will add another eight MoUs to the list,” he said.

The Chief Minister said since 2009 the Federal Government has channeled RM47 million for the HoB Initiative and under the 12th Malaysia Plan (12MP) the Federal Government has pledged an additional RM13 million.

Hajiji said since 2007, a total of 22 field outposts have been established to enhance enforcement within Sabah’s forest reserves.

“The Sabah Forestry Department has established an elite tactical team called PROTECT, a special anti-poaching squad to assist in enforcement logistics and the team is working closely with the Royal Malaysia Police (PDRM) through the Khazanah Operation, to check forest encroachment issues.

“To further strengthen enforcement, we have engaged with local communities to serve as Honorary Forest Rangers, and today we have 112 of such Rangers from 700 villagers,” he said.

At the same time, he said Sabah has hosted 42 scientific expeditions within the HoB boundary including 1,800 local students from 34 schools involved in the HoB awareness programme.

He said these research expeditions have yielded several key scientific discoveries, among them, the world’s tallest rainforest trees at the Danum Valley Conservation Area, Lahad Datu, and the discovery of the rare, elusive Bornean endemic Hose’s Langur in Maligan, Sipitang.

“Results from the expeditions will guide the State Government in formulating the Conservation Plan particularly in the High Conservation Value areas,” he said.

Hajiji said just like the implementation of the Malaysian Climate Change Action Council (MyCAC) at the Federal level to look at climate change issues, Sabah too would have its own CAC platform to discuss climate change policies and actions, drive green economic growth, catalyse green technology and low-carbon growth.

“Sabah will carry out carbon trading carefully so that such activities do not affect the country’s greenhouse gas (GHG) emissions commitment,” he said.

Meanwhile, Hajiji said this year’s conference will assist the Government to gather resources to formulate its third Strategic Plan of Action (SPA) for the initiative. The SPA, first prepared in 2013, will be completed by 2022.

He was also glad to see the continuing efforts in research by scientists and writers at HoB which have yielded several publications as evidenced by the publications of two new books by Markus Gubilil entitled “A Checklist of Trees of Sabah – new edition” and “Panduan Bergambar Likofit dan Paku Pakis di Sabah.”

Ends