Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Pelancaran Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia Timur (FEPO) oleh Bursa Malaysia Derivatives Bhd (BMD) hari ini, adalah baik sejajar dengan perkembangan industri kelapa sawit Sabah pada masa hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Saya meramalkan FEPO akan memainkan peranan penting untuk kemajuan industri kelapa sawit di Sabah pada masa hadapan,” katanya sambil dengan pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) sebanyak 4.65 juta metrik tan pada tahun 2020, Sabah kini adalah negeri pengeluar minyak sawit terbesar yang menguasai 24 peratus pengeluaran untuk pasaran nasional.

Katanya, dengan adanya FEFO, perniagaan minyak sawit domestik dapat meneroka harga alternatif melalui pertukaran ini, setelah tamat kontrak, perniagaan dapat menghantar CPO ke salah satu dari tiga pusat penghantaran yang ditentukan, mana yang paling berdekatan dengan pusat operasi mereka.

FEPO juga diharapkan dapat menciptakan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan di setiap rantaian bekalan industri kelapa sawit, seperti pengangkutan, kemudahan penyimpanan, kualiti penyelidikan dan aktiviti hiliran yang lain, katanya.

“Di pentas global, FEPO yang akan diperdagangkan oleh peserta antarabangsa, akan berfungsi sebagai platform pemasaran untuk mempromosikan produk berkaitan sawit Sabah dan untuk menarik pelaburan langsung asing.

“Saya berasa bangga apabila mengetahui bahawa BMD telah menetapkan Lahad Datu dan Sandakan sebagai pusat penghantaran untuk FEPO,” kata Ketua Menteri.

Pelancaran FEFO secara maya telah disempurnakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin; Hajiji dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, pada Isnin.

“Kerajaan Sabah mengiktiraf industri minyak sawit sebagai bahagian utama ekonomi negeri dan ingin memperluaskan sumbangannya.

“Oleh itu, dua Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) iaitu POIC Lahad Datu dan POIC Sawit, dibangunkan untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan jangka panjang industri kelapa sawit di Sabah,” katanya.

Hajiji berkata POIC Lahad Datu yang juga syarikat milik penuh kerajaan negeri, meliputi 4,400 ekar untuk industri ringan, sederhana dan berat serta dilengkapi dengan kemudahan set pelabuhan yang komprehensif – masing-masing pelabuhan dilengkapi kargo pukal, kargo cecair dan kontena – di pelabuhan yang dalam secara semula jadi dengan kedalaman yang dapat menampung kapal kargo yang besar.

POIC Sawit pula, yang dikendalikan oleh cabang pelaburan minyak sawit kerajaan negeri iaitu Sawit Kinabalu Sdn Bhd terletak di kawasan seluas 2.810 ekar di Sandakan dan telah dibangunkan untuk memacu pelaburan dalam industri hiliran minyak sawit.

Kedua-dua POIC itu dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan juga berhampiran dengan wilayah yang kaya sumber di Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP- EAGA).

“Mereka adalah aset penting bagi Negeri Sabah kerana ia adalah satu pautan penting dalam teka- teki infrastruktur untuk projek industri utama yang sedang dipertimbangkan untuk mempercepatkan pembangunan di pantai timur Sabah.

“Saya yakin, dengan ekosistem FEPO disatukan ke dalam dua POIC ini, ia akan meningkatkan potensi sinergi antara pasaran derivatif dan industri minyak sawit tempatan, sekali gus membawa pertumbuhan baharu kepada ekonomi Sabah,” katanya.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Muhamad Umar Swift dan Ketua Pegawai Eksekutif BMD, Samuel Ho.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: The launching of the East Malaysia Crude Palm Oil Futures Contract (FEPO) by Bursa Malaysia Derivatives Bhd (BMD) today augurs well for the future development of Sabah’s palm oil industry, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“I can foresee that FEPO will be playing vital roles to future development of the palm oil industry in Sabah,” he said adding that with Sabah’s production of 4.65 million metric tonnes of Crude Palm Oil alone in 2020, Sabah now ranks as the biggest palm oil producing state with 24 percent market share in terms of national output.

He said with the launch of FEPO, domestic palm oil businesses would be able to discover alternative pricing through the exchange and, upon contract expiry, businesses can deliver CPO to any of the three designated delivery points, whichever is closest to their trading operation.

FEPO is also expected to create more businesses and job opportunities along the whole supply chain of palm oil industries, such as transportation, storage facilities, quality surveying and other downstream activities, he said.

“On the global stage, FEPO which will be traded by international participants, can serve as a marketing platform to promote Sabah palm-related products and to attract foreign direct investments.

“I am heartened to note that BMD has designated Lahad Datu and Sandakan as designated delivery points for FEPO,” the Chief Minister said.

The FEPO launch was officiated by Minister of Plantation Industries and Commodities Datuk Zuraida Kamaruddin, Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor and Chief Minister of Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg in a virtual ceremony on Monday.

“The Sabah government recognises the palm oil industry as a major part of the State’s economy and would like to expand its contribution.

“Therefore, two Palm Oil Industrial Clusters (POIC), namely the Lahad Datu POIC and Sawit POIC, were developed to provide the necessary infrastructure to sustain long term growth of the palm oil industry in Sabah,” he said.

Hajiji said the Sabah Government’s wholly-owned Lahad Datu POIC covers 4,400 acres catering to light, medium and heavy industries and complemented by a comprehensive set of ports — a port each for bulk cargo, liquid cargo and containers — in a naturally deep harbour with depths that can accommodate the largest of cargo vessels.

The Sawit POIC, managed by Sawit Kinabalu Sdn Bhd, an investment arm of the Sabah government in palm oil business is located on a 2,810-acre of land in Sandakan has been developed to spur investments in palm oil downstream manufacturing, he added.

Both POICs are surrounded by oil palm estates as well as being near to resource-rich territories in the Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) region.

“They are important assets to the State of Sabah as they are crucial pieces of the infrastructure puzzle for major industrial projects that are being considered to speed up development in the east coast of Sabah.

“I am confident that, with the FEPO ecosystem being integrated into these two POICs, it will enhance the potential of boosting synergies between the derivatives market and local palm oil industry, hence bringing new growth to the Sabah economy,” he said.

Bursa Malaysia Berhad’s Chairman, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Chief Executive Officer, Datuk Muhamad Umar Swift and BMD Chief Executive Officer, Samuel Ho were also present at the launch.

Ends