Versi Bahasa Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  menggesa semua rakyat Malaysia di Sabah untuk bersatu dan menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh rasa bangga dan patriotisme.

“Bersyukurlah dengan keamanan dan keharmonian yang telah kita kecapi. Marilah kita mengenepikan perbezaan dan anasir-anasir yang boleh menggugat perpaduan. Marilah kita fokus kepada persamaan kita untuk membangun negara yang  lebih baik,” katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan 2021.

Hajiji berkata walaupun menghadapi pelbagai cabaran, rakyat Malaysia perlu terus bangkit dan bersama kerajaan untuk menempuh saat-saat sukar ini termasuk terus berjuang melawan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan serta ekonomi.

“Tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia Prihatin, mencerminkan tekad kerajaan dan rakyat untuk memerangi pandemik COVID-19,” katanya sambil menambah bahawa keprihatinan rakyat Malaysia itu dizahirkan dengan meraikan jasa dan pengorbanan semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan negara terus dilindungi serta selamat daripada pandemik COVID-19 dan ancaman keselamatan.

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor urged all Malaysians in Sabah to unite and celebrate the National Day with pride and patriotism.

“Be grateful for the peace and harmony that we have uphold. Let us set aside our differences and discard elements that may threaten unity. Let us focus on our similarities and move forward to build a better nation,” he said in his 2021 National Day message.

He said that despite many challenges, Malaysians have always rose to the occasion and stood together with the government to tackle the difficult times including the ongoing fight against the Covid-19 pandemic which has impacted lives and the economy.

The National Day theme ‘‘Malaysia Prihatin’ or Malaysia Cares is reflective of the government and people’s resolve and determination to fight the COVID-19 pandemic, Hajiji said adding that Malaysians care by celebrating the deeds and sacrifices of all front-liners who have been working so hard to ensure our country stays protected and safe from the COVID-19 and security threat.

Ends