Siaran Media

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Sedafiat Sdn. Bhd. sebanyak RM713,907.06 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat, Datuk Haji Ag.Buhtamam Ag Mahmun menyerahkan wang zakat itu kepada Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Encik Ramlan Awang Ali.

Sedafiat turut menyerahkan wang amal jariah sebanyak RM100,000.00 kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, yang diterima oleh Pengurus Besarnya, Encik Salman Nurillah.

Terdahulu Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut menerima pembayaran Dividen Interim Pertama Tahun 2021 daripada Kimanis Power Sdn. Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah bernilai RM12 juta.

Kimanis Power diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Mohd Zainuddin B Yahaya. Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir.Shahelmey Haji Yahya. 

Tamat