English version

PUTRAJAYA: Ensuring successful implementation of all development plans and initiatives outlined in the National and State Budgets was high on the agenda as Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor made his rounds meeting with Federal ministers here. Key to these discussions was proper coordination to ensure all efforts are in sync for smooth implementation of all plans. Also on top of the agenda was the five-year Sabah Maju Jaya development blueprint (2021-2025) that emphasised on agriculture, tourism and manufacturing sectors as Sabah’s main economic catalyst.


On Thursday, the Chief Minister met with Federal Finance Minister, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Minister of Tourism, Arts and Culture Dato Sri Hjh Nancy Shukri and Minister of Agriculture and Food Industry, Datuk Ronald Kiandee. A day earlier, Hajiji met with Minister of Communications and Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah and Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) officials. The top subject discussed with Saifuddin was the National Digital Network (Jendela) that is set to expand 4G coverage and boost Internet speed in Sabah. Prior to that, Hajiji also met with Senior Minister for International Trade and Industry Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. On Monday, Hajiji met with Prime Minister, Tan Sri Muhyidin Yassin.


Bahasa Malaysia

PUTRAJAYA: Memastikan kejayaan pelaksanaan pelan pembangunan dan inisiatif yang digariskan dalam Belanjawan Sabah dan Negara, menjadi agenda utama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam perjumpaan dengan menteri Persekutuan, di sini, baru-baru ini. Kunci utama perbincangan adalah untuk penyelarasan yang tepat bagi memastikan kelancaran semua perancangan berkenaan. Turut menjadi agenda utama ialah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya selama lima tahun (2021-2025) yang memberi penekanan dalam sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan sebagai pemangkin ekonomi utama Sabah.


Pada Khamis, Ketua Menteri mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato Sri Hjh Nancy Shukri; dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ronald Kiandee. Sehari sebelumnya, Hajiji bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Perkara utama dibincangkan dengan Saifuddin adalah berkaitan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang akan memperluaskan liputan 4G dan meningkatkan kelajuan internet di Sabah. Terdahulu, Hajiji turut bertemu dengan Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Pada Isnin lalu, Hajiji mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.